Kerjaya kelab Wesley_Sonck

AFC Ajax

Sonck berpindah ke Ajax pada musim panas 2003, untuk menggantikan tempat Mido. Beliau membuat penampilan pertama pada 12 Ogos Grazer AK. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax pada 13 September menentang RKC Waalwijk.Sonck benar-benar menjadi di Amsterdam, kerana beliau hebat bermain di sayap kanan ketika di bawah pengurus Ronald Koeman. Sonck berpindah ke Borussia Mönchengladbach pada musim sejuk 2004.

Borussia Mönchengladbach

Pada musim panas 2005m Sonck telah mengalami keretakan di tulang rusuk yang diterjah oleh Wilfred Bouma ketika perlawanan persahabatan di antara Borussia Mönchengladbach dan PSV Eindhoven. Sonck mengambil masa enam bulan untuk pulih. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika tewas kepada Bayern Munich, 1-3. Beliau menjaringkan tiga gol lagi sebelum beliau dikeluarkan selama tiga bulan akibat kecederaan pada lutut ketika permulaan musim 2006-2007.

Kembali ke Belgium

Beliau meninggalkan Gladbach pada penghujung musim 2006-07, dan sertai Club Brugge dengan pinjaman selama satu musim. Berikutan musim 2007-08, Sonck sertai Brugge dengan kekal dan bayaran tertutup. Pada penghujung musim 2009/10, Sonck tinggalkan Brugge dan sertai Lierse S.K. dengan perpindahan percuma.

Berkaitan